Monday, January 31

PI EI EY HESH = PEAH

sekarang aku dah ada nama baru dah kat dalam class. sebut beramai ramai ye! P E A H . VOGUE habes dah nickname aku ney -.- HAYATILAH SETIAP PATAH PERKATAAN SAYA INI DGN BACAAN BISMILLAH SEBANGAI PERMULAAN :)
 ---------------------------------------------------------------------------------
tersematnya nama ini dalam diri saya ketika itu pada hari rabu minggu lalu. guru BAHASA MELAYU saya iaitu Puan Prema telah melekat kan nama sedemikian terhadap diri saya kerana saya tidak menumpukan perhatian semasa beliau membebel tentang apa benda ntah? saya disini ingin mengaku bersalah dan memohon maaf kerana BERGOSIP-ING bersama Si SHITreen atau nama manja yang telah Puan Prema beri, Joyah semasa beliau membebel. maafkan saya boleh kaaaaan? :')  JADEY ! dengan ini, saya rasa lah kan, mungkin Puan Prema dah boleh buang dah nama tersebut dan berhenti menggelarkan diri saya sebagai PEAH kerana nama tersebut cukup BOOM untuk saya. bernas bukan idea saya, cikgu? boleh ye cikgu ye? 

sesungguhnya saya cukup berasa bangga kerana telah diberi nama sedemikian rupa memandangkan ianya boleh dikaitkan dengan nama saya yg sedia ada ini, SOFEA. memang tidak boleh dinafikan saya juga turut berasa sedikit polak apabila Puan Prema menyeru-nyeru nama PEAH itu didepan khalayak ramai. tetapi tidak mengapa, saya seorang yang pemaaf. may God bless you. i love you very strong okey? XOXO

saya berharap cikgu juga dapat merasa kesedihan yg telah melanda diri saya sekarang ini.

kerjasama anda amat dihargai,
'' MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA'' *AMBOI -.-

maaf atas cacat cela bahasa malaysia saya maklum lah saya manusia biasa. seperti yg telah disedia maklum, MANUSIA TIDAK DAPAT LARI DARI MEMBUAT KESILAPAN dan apa kejadah saya merepek skrg ni? ohh ya, tidak lupa juga, karangan yg cikgu beri beberapa hari yang lalu sudah saya lengkapkan. saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana Puan Prema telah MENCAMPAK buku saya tempoh hari. syabas dan tahniah! perbuatan anda amat saya hargai :) 

Yang Benar, Jujur, Ikhlas lagi Saksama
(ADLIN SOFEA KAMAL REDHUAN)